Pages

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Yang paling benar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

"Apakah yang paling tajam di dunia ini ?".
Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Translate

Tuesday, January 15, 2013

Nasihat Ayah ke Anaknya

Seorang ayah telah menasihatkan anaknya mengenai masa depan anaknya. Semoga nasihat ini dapat menjadi pengajaran kita bersama: 

'Wahai anakku, tugas kamu semasa kecil ialah mempelajari ilmu demi ilmu. Kamu perlu jelas mengenai tugas kamu itu, agar kamu tidak mudah dipengaruhi oleh gangguan-gangguan negatif yang boleh merugikan masa depanmu'. 


'Wahai anakku, hidupmu telah diberi nama, dan adalah menjadi tugas kamu menjadikan namamu terkenal di seluruh dunia, hingga matimu akan dikenang sebagai manusia yang berjaya dan berjasa'. 


'Wahai anakku, dunia ini adalah ladang untuk akhirat. Jangan kau biarkan ladangmu dipenuhi lalang. Berusahalah agar hidupmu memberi erti'. 


'Wahai anakku, masa depanmu adalah jauh lebih mencabar dari hari ini. Maka rancanglah masa depanmu dengan lebih serius agar kamu memperoleh kejayaan'. 


'Wahai anakku, masa adalah amat berharga, jika engkau kehilangannya, keseluruhan hidup kamu akan rugi. Jika kamu tidak mahu merancang penggunaan masamu, kamu tidak akan mampu merancang sesuatu pun dalam hidupmu'. 


'Wahai anakku, jadilah insan yang berjaya, kerana kejayaan itu membebaskan kamu dari kejahilan, membebaskan kamu dari kemiskinan, membebaskan kamu dari kelalaian. Kejayaan itu bertitik tolak dari kemahuan untuk berjaya. Maka didiklah hati kamu agar sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kejayaan'. 


'Wahai anakku, ikutlah pesanan ayahmu ini'.

No comments:

Post a Comment