Pages

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Yang paling benar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

"Apakah yang paling tajam di dunia ini ?".
Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Translate

Wednesday, January 16, 2013

Hiburkan hati ibu bapa

Anak yang soleh akan berusaha untuk membalas jasa kebaikan yang dicurahkan oleh ibu bapa kepadanya. Dia akan melakukan apa sahaja yang termampu agar ibu bapanya dapat merasai keselesaan dan ketenangan hidup. Matlamatnya hanyalah untuk berbakti sebanyak mungkin sebelum kedua-duanya meninggal dunia. 
Dalam suatu musim haji, kelihatan seorang pemuda sedang mengelilingi Kaabah sambil mendukung seorang perempuan tua di belakangnya. Wanita tua itu kelihatan uzur sekali. Dia adalah ibu kepada pemuda itu dan kedua-duanya sedang mengerjakan ibadah haji. 
Sambil berjalan mengelilingi Kaabah, pemuda itu berkata kepada ibunya : "Sebenarnya saya adalah kenderaan yang tidak pernah ada perasaan takut ataupun menyusahkan tuannya. Kalau unta-unta yang dikenderai manusia akan lari bertempiaran apabila takutkan sesuatu, tetapi saya sebagai kenderaan ibu, saya tidak akan lari. Ibu telah melahirkan saya dan menyusui saya. Pengorbanan ibu sangat besar." 
Secara kebetulan sewaktu pemuda itu mendukung ibunya, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. bernama Ibnu Abbas sedang berada di situ. Pemuda itu bertanya kepada Ibnu Abbas : "Adakah tuan melihat saya ini anak yang sudah membalas jasa ibu saya?" 
Ibnu Abbas menjawab : "Belum. Saudara belum dapat membalas jasa ibu saudara apabila dibandingkan sewaktu dia sakit melahirkan saudara dahulu." Mendengar penjelasan Ibnu Abbas, pemuda itu diam seketika. Dia menyedari dia tidak akan mampu membalas segala jasa ibu kepadanya. Lalu dia meneruskan tugasnya itu sehingga selesai mengerjakan ibadah haji itu. 
Pengorbanan ibu bapa amat besar nilainya. Ianya tidak mampu dibalas dengan apa bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Berdoalah kepada Allah Taala agar Dia akan mengampunkan segala kesalahan kedua ibu bapa serta memberi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 
Sempena sambutan Aidilfitri ini marilah kita merayakannya bersama kedua-dua ibu bapa yang masih ada. Gembirakanlah hati mereka kerana mereka amat rindukan kehadiran kita di sisi mereka terutama pada saat yang amat bermakna seperti ini.

No comments:

Post a Comment