Pages

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Yang paling benar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

"Apakah yang paling tajam di dunia ini ?".
Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Translate

Tuesday, January 15, 2013

10 ciri anak yang soleh dan solehah


Bukan senang nak mendidik anak-anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh. “Bukan senang” yang saya maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai seorang anak,; juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)
10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH
1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3. Menghormati Ibu bapa,guru, orang tua, jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Usaha yang berterusan adalah perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh & solehah,doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang telah kita lakukan tadi mendapat redha daripada Allah S.W.T. Mungkin sebagai panduan untuk menangani anak, boleh dapatkan ebook (klik banner) spt di bawah.
Harap bermanfaat.

9 comments:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. tips anak soleht

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH.
    JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIIRA

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya hanya mahu berkongsi pendapat jika kita ingin mendidik anak kita menjadi soleh dan solehah.. Pendirian atau akhlak ibu bapa sendiri juga memainkan peranan yang besar untuk membentuk akhlak anak kita.. Kerana anak kita umpama selendang putih dan ibu bapa lah yang menghiasnya.. Sekian

    ReplyDelete
  4. Anak2 ibarat sehelai kain putih...ibu dan ayahlah yg mencorakkannya sebagaimana yg di ingini

    ReplyDelete
  5. Semoga anak² kita mnjadi ank yg soleh n solehah..

    ReplyDelete