Pages

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Yang paling benar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

"Apakah yang paling tajam di dunia ini ?".
Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Translate

Wednesday, January 16, 2013

✿✿ CARA BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT...✿✿

••••► Bersyukur Apabila Mendapat Nikmat
••••► Sabar Apabila Mendapat Kesulitan
••••► Tawakal Apabila Mempunyai Rencana/Program
••••► Ikhlas Dalam Segala Amal Perbuatan
••••► Jangan Membiarkan Hati Larut Dalam Kesedihan Kesulitan
••••► Jangan Menyesal Atas Sesuatu Kegagalan
••••► Jangan Putus Asa Dalam Menghadapi Kesulitan
••••► Jangan Dengki Dengan Kekayaan Orang
••••► Jangan Hasad Dan Iri Atas Kesuksessan Orang
••••► Jangan Sombong Kalau Memperoleh Kesuksessan
••••► Jangan Tamak Kepada Harta
••••► Jangan Terlalu Taksub Akan Sesuatu Kedudukan
••••► Jangan Hancur Kerana Kezaliman
••••► Jangan Goyah Kerana Fitnah
••••► Jangan Berkeinginan Terlalu Tinggi Yang Melebihi Kemampuan Diri
••••► Jangan Campuri Harta Dengan Harta Yang Haram
••••► Jangan Sakiti Ayah Dan Ibu
••••► Jangan Usir Orang Yang Meminta-Minta
••••► Jangan Sakiti Anak Yatim
••••► Jauhkan Diri Dari Dosa-Dosa Kecil Dan Besar

Hiburkan hati ibu bapa

Anak yang soleh akan berusaha untuk membalas jasa kebaikan yang dicurahkan oleh ibu bapa kepadanya. Dia akan melakukan apa sahaja yang termampu agar ibu bapanya dapat merasai keselesaan dan ketenangan hidup. Matlamatnya hanyalah untuk berbakti sebanyak mungkin sebelum kedua-duanya meninggal dunia. 
Dalam suatu musim haji, kelihatan seorang pemuda sedang mengelilingi Kaabah sambil mendukung seorang perempuan tua di belakangnya. Wanita tua itu kelihatan uzur sekali. Dia adalah ibu kepada pemuda itu dan kedua-duanya sedang mengerjakan ibadah haji. 
Sambil berjalan mengelilingi Kaabah, pemuda itu berkata kepada ibunya : "Sebenarnya saya adalah kenderaan yang tidak pernah ada perasaan takut ataupun menyusahkan tuannya. Kalau unta-unta yang dikenderai manusia akan lari bertempiaran apabila takutkan sesuatu, tetapi saya sebagai kenderaan ibu, saya tidak akan lari. Ibu telah melahirkan saya dan menyusui saya. Pengorbanan ibu sangat besar." 
Secara kebetulan sewaktu pemuda itu mendukung ibunya, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. bernama Ibnu Abbas sedang berada di situ. Pemuda itu bertanya kepada Ibnu Abbas : "Adakah tuan melihat saya ini anak yang sudah membalas jasa ibu saya?" 
Ibnu Abbas menjawab : "Belum. Saudara belum dapat membalas jasa ibu saudara apabila dibandingkan sewaktu dia sakit melahirkan saudara dahulu." Mendengar penjelasan Ibnu Abbas, pemuda itu diam seketika. Dia menyedari dia tidak akan mampu membalas segala jasa ibu kepadanya. Lalu dia meneruskan tugasnya itu sehingga selesai mengerjakan ibadah haji itu. 
Pengorbanan ibu bapa amat besar nilainya. Ianya tidak mampu dibalas dengan apa bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Berdoalah kepada Allah Taala agar Dia akan mengampunkan segala kesalahan kedua ibu bapa serta memberi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 
Sempena sambutan Aidilfitri ini marilah kita merayakannya bersama kedua-dua ibu bapa yang masih ada. Gembirakanlah hati mereka kerana mereka amat rindukan kehadiran kita di sisi mereka terutama pada saat yang amat bermakna seperti ini.

Tuesday, January 15, 2013

10 etika anak soleh yg berkesan | (ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA SURAH LUQMAN)


  1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad
    - Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
  2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa
    • Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
    • Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
    • Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
  3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT(namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
  4. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
  5. Mendirikan solat
  6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
  7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan
  8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
  9. Bersederhana dalam segala perkara.
  10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Budaya Anak Soleh

KASIH DAN TAAT KEPADA ALLAH (Tuhan yang menjadikan semesta alam dan semua makhluk) 
- Menunaikan perintahnya 

- Meninggalkan larangannya. 

· KASIH DAN TAAT KEPADA RASULLAH ( Utusan Allah menyampaikan ajaran Tuhan kepada manusia) 

- Menunaikan perintahnya 

- Meninggalkan larangannya. 

- Kasih


SENTIASA AMALKAN ADAB DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN 

- Adab makan dan minum 

- Adab qada' hajat 

- Adab tidur dan bangun tidur 

- Adab mandi dan bersugi 

- Adab berwuduk 

- Adab berpakaian 

- Adab berkenderaan 

- Adab masuk dan keluar rumah 

- Adab menghidang makan dan minuman 

- Adab berjalan 

- Adab bertanya 

- Adab mengurus diri.


SENTIASA AMALKAN ADAB TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGA 
- Adab bercakap dengan ibu bapa 

- Adab menolong ibu bapa 

- Adab bergaul dengan kelurga.


SENTIASA AMALKAN ADAB DI DALAM KEHIDUPAN BERSOSIAL 

- Adab bergaul dengan rakan 

- Adab di masjid dan surau 

- Adab bercakap dengan rakan 

- Adab melayan tetamu 

- Adab menziarahi orang sakit 

- Adab menziarahi rakan 

- Adab menziarahi orang tua 

- Adab dengan orang tua 

- Adab menziarahi orang tua 

- Adab menziarahi jenazah dan kubur 

- Adab makan di majlis keramaian 

- Adab berjiran 

- Adab berkumpul 

- Adab berjual beli 

- Adab bekerja 

- Adab menziarahi jiran. 

- Adab ketika bermain. 

- Adab terhadap temapat dan harta benda awam 

- Adabk kecintaan kepada negara 

- Adab menjaga kebersihan sungai 

- Adab rehlah 

- Adab dengan manusia dan makhluk lain. 

- Adab dengan pemimpin


SENTIASA AMALKAN ADAB MENUNTUT ILMU
 


- Adab bercakap dengan guru 

- Adab ke sekolah 

- Adab belajar 

- Adab semasa di sekolah 

- Adab berhujjah. 

- Adab menolong guru 

- Adan menjaga harta benda sekolah.

Anak Yang Soleh Dan Solehah


Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai bertawaf, Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: “Kenapa bahumu itu?” jawab pemuda itu: Ya Rasulullah! Saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat atau berehat. Selain itu, saya seringkali mendukungnya di bahu saya.

Lalu anak muda itu mengajukan soalan kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Apakah saya sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua (ibubapa)?”

Rasulullah SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: “Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.”

{{WASIAT}}
Wahai Nasrun, wahai Daniel. Hendaknya berbaktilah kepada ibumu. Wahai anak, syurgamu terletak di bawah tapak kaki ibu!

Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya:
Ada seorang datang bertanya kepada Rasulullah SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?” lalu baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya lagi: “selepas itu?” Baginda SAW menjawab: “Ibumu”. Orang itu masih lagi tidak berpuas hati, lalu dia mengulang lagi soalannya tadi: “selepas itu?” Baginda SAW terus menjawab: “Ibumu…., kemudian bapamu”….tiga kali perkataan ibu diulang-ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

[[PESANAN SEORANG AYAH]]
Wahai anak-anakku, urat-urat ayahmu ini sudah keras, tangan ayahmu ini telah kasar, tulang-temulang ayahmu ini sudah tidak seteguh yang dulu… badan ayahmu kini tidak lagi sesasa dahulu, besar harapan ayah agar kau menjadi seorang insan yang soleh dan solehah lagi berguna kepada sekalian makhluk di duniawi dan di ukhrawi.

Wahai anak-anakkku, jika ayah telah tiada kelak, kaulah pemimpin keluarga ini, maka pimpinlah ia ke jalan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya. Janganlah kau menjadi orang yang hina lagi menghinakan. Jauhilah perkara yang zalim dan menjadi zalim.

Wahai anak-anakku, mari ayah berikan perumpamaan:

“biarlah kita menjadi sepohon pokok kelapa yang menghadap di pantai. Kau diibaratkan kelapa tua itu. Apabila kelapa itu sudah cukup tua, lalu ia jatuh ke dalam laut. Lalu hanyut ke tengah samudera. Walaupun kau dilambung ombak, membelah pantai, menyusung ribut taufan yang kuat….namun jangan kau tinggalkan Tuhanmu!

Kemudian apabila kau terdampar di tepian pantai di tengah pulau asing bahkan tandus. Maka tumbuhlah kau sebagai sepohon kelapa yang subur. Lalu memberikan manfaat kepada sekalian alam. Airmu boleh diminum, daunmu boleh dipergunakan orang lain.

Wahai anakku ketahuilah, saatnya akan tiba. Kau akan bergelendangan keseorangan di muka bumi ini. Tanpa ayah, tanpa ibu. Oleh itu, jadilah insane yang terpimpin dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman. Jadilah seumpama pohon kelapa tadi, subur memberikan manfaat, tempat bernaung dan berlindung buat burung- burung, para nelayan dan makhluk lainnya. Bahkan berguna untuk saentero dunia.

Ya ALLAH! Jadikanlah kami dikalangan orang-oranng yang soleh. Ahli ibadah kepadamu. Orang-orang sentiasa solat dan bersyukur kepadaMu.
Ya ALLAH! Taufik dan hidayahMu jualah yang kami tagihkan untuk menyuluh perjalan kehidupan kami. Terangilah hati kami dengan nurMu dan penuhi keimanan kami dengan sinar cahaya iman Muhammad SAW.
Ya ALLAH apalah kiranya kau tempatkan kami di kalangan orang-orang yang mendapat petunjukMu seperti Muhammad SAW, para Anbiya’, para Auliya’ dan solehin dan bukan ke jalan orang-orang yang derhaka kepadaMu dan Kau sesatkan sepertimana Firaun dan Hamman!

DISIPLIN ANAK SOLEH DAN SOLEHAH | Doa Untuk IbuBapa





Pemuda-pemudi Islam yang sentiasa mematuhi perintah Allah,
Sewajarnya selaku hamba Allah yang menepati tugas berubudiyah (beribadah) sepanjang hayat, kita mestilah mematuhi garis panduan yang Allah tetapkan. Berikut dipaparkan disiplin yang perlu diberi perhatian oleh anak-anak yang soleh dan solehah,
  • Berlaku ihsan dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa seiring dengan perlaksanaan ibadah sepanjang hayat“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.” (QS AN-Nisaa’: 36)
  • Berterimakasih kepada ibu bapa selepas bersyukur kepada Allah. “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Dan ingatlah kepada-Ku tempat kembali.” (QS Luqman:14)
  • Berbakti kepada ibu bapa menduduki tempat kedua terbaik setelah solat tepat pada waktunya. Dari Abdur Rahman bin Mas’ud r.a. katanya, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW: Amal apa yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda menjawab: Berbuat baiklah kepada ibu bapa. Saya bertanya lagi: Selepas itu apa? Baginda menjawab: Berjuanglah di jalan Allah.”
  • Menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang kedua setelah mensyirikkan Allah. Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al’Ash r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Dosa-dosa besar adalah menyekutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh orang dan bersumpah palsu.” (HR Bukhari dan Muslim)
  • Keredhaan dan kemurkaan ibu bapa dikaitkan juga dengan keredhaan dan kemarahan Allah. Jika ibu bapa redha, Allah turut redha. Begitu juga, sekiranya ibu bapa murka, Allah juga murka.
Pemuda-pemudi Islam yang sentiasa mengasihani kedua ibubapa,
Seterusnya wajarlah setiap anak melaksanakan kebaktian berikut dalam rangka mencari keredhaan Allah SWT.
  1. Mentaati perintah ibu bapa, kecuali dalam perkara-perkara maksiat.
  2. Berbicara dengan ibu bapa dengan lembut dan sopan.
  3. Berdiri menghormati ibu bapa semasa mereka menghampiri anak-anak.
  4. Mencium tangan ibu bapa setiap kali bersalaman dengan mereka.
  5. Memuliakan ibu bapa dengan memenuhi hajat dan permintaan mereka yang tidak bercanggah dengan syarak.
  6. Menjaga nama baik, kehormatan dan harta-benda kepunyaan ibu bapa.
  7. Mengajak ibu bapa berbincang pada apa jua perkara yang kita putuskan.
  8. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan untuk kedua ibu bapa.
  9. Semasa ibu bapa didatangi tetamu, bantulah mereka melayani para tetamu dengan rela hati.
  10. Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati ibu bapa tanpa disuruh.
  11. Jangan melaung-laung sewaktu memanggil ibu bapa di muka pintu.
  12. Jangan menyampuk ketika ibu bapa sedang berbicara.
  13. Jangan keluar rumah tanpa izin kedua-dua ibu bapa.
  14. Jangan menganggu sewaktu ibu bapa tidur.
  15. Elakkan mencela ketika ibu bapa melakukan kesilapan dan perkara-perkara tidak menyenangkan.
  16. Tidak mendahului ibu bapa sewaktu makan dan mengambil makanan.
  17. Segera menyahut panggilan ibu bapa dan tidak ketawa di hadapan mereka tanpa sebarang perkara yang munasabah.
  18. Menghormati sahabat-sahabat ibu bapa semasa mereka masih hidup, begitu juga setelah mereka meninggal dunia.
Wahai pemuda-pemudi Islam yang mentaati ibu bapa.
Awaslah! Jangan sampai kalian menderhakai mereka:
  1. Anak memandang dengan tajam kepada ibu bapa ketika marah.
  2. Anak menganggap dirinya sama taraf kemuliaan dengan ibu bapanya.
  3. Anak malu untuk dikenali dengan nama ayahnya, terutama setelah punya kedudukan mulia dalam masyarakat.
  4. Anak tidak menunaikan hak dan tanggungjawab menyara ibu bapa hingga mereka memohon bantuan para dermawan.
  5. Anak membantah dan membentak hingga terpantul perkataan “ah”.
  6. Anak merasa bosan melayani kedua-dua ibu bapa. Menyombong diri dan menyakiti hati mereka.
Ketahuilah anak-anak yang melakukan penderhakaan kepada ibu bapa, bukan saja mendapat dosa besar, malahan semua amalannya menjadi sia-sia. Diberikan balasan buruk oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Beli LAPTOP | Renungan bersama, MESTI baca !! pasti rasa hiba

 Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan. Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

10 ciri anak yang soleh dan solehah


Bukan senang nak mendidik anak-anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh. “Bukan senang” yang saya maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai seorang anak,; juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)
10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH
1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3. Menghormati Ibu bapa,guru, orang tua, jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Usaha yang berterusan adalah perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh & solehah,doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang telah kita lakukan tadi mendapat redha daripada Allah S.W.T. Mungkin sebagai panduan untuk menangani anak, boleh dapatkan ebook (klik banner) spt di bawah.
Harap bermanfaat.

Menghargai Ibu Bapa

KITA baru sahaja menyambut Hari Ibu dan memang ibu adalah ratu.

Banyak sumbangan daripada seseorang bernama ibu. Sempena sambutan itu, kita mendengar di radio dan TV serta akhbar anak yang prihatin memberi ucapan selamat untuk ibu. 

Pelbagai jenis perkataan mendatar dan penuh simbolik sarat dengan perasaan dan air mata. Namun, menghargai ibu bapa bukan hanya dengan perkataan sekali setahun tetapi tindakan dan perbuatan selaras dengan ungkapan. Ia disebut adab.

Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah: 

Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa. 

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat fardu.

Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya memberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan. 

Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.

Hanya satu perkara boleh ditentang, jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.

Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran. 

Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa. Jika bersama pasangan balik kampung atau bersama dengan ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa. 

Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.

Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik anak sendiri. 

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud: 

“Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14) 

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka. 

Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya: 


  • Berdoa dan beristighfar – memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
  • Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
  • Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.
  • Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

    Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cinta ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

    Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

    Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.
  • Nasihat Ayah ke Anaknya

    Seorang ayah telah menasihatkan anaknya mengenai masa depan anaknya. Semoga nasihat ini dapat menjadi pengajaran kita bersama: 

    'Wahai anakku, tugas kamu semasa kecil ialah mempelajari ilmu demi ilmu. Kamu perlu jelas mengenai tugas kamu itu, agar kamu tidak mudah dipengaruhi oleh gangguan-gangguan negatif yang boleh merugikan masa depanmu'. 


    'Wahai anakku, hidupmu telah diberi nama, dan adalah menjadi tugas kamu menjadikan namamu terkenal di seluruh dunia, hingga matimu akan dikenang sebagai manusia yang berjaya dan berjasa'. 


    'Wahai anakku, dunia ini adalah ladang untuk akhirat. Jangan kau biarkan ladangmu dipenuhi lalang. Berusahalah agar hidupmu memberi erti'. 


    'Wahai anakku, masa depanmu adalah jauh lebih mencabar dari hari ini. Maka rancanglah masa depanmu dengan lebih serius agar kamu memperoleh kejayaan'. 


    'Wahai anakku, masa adalah amat berharga, jika engkau kehilangannya, keseluruhan hidup kamu akan rugi. Jika kamu tidak mahu merancang penggunaan masamu, kamu tidak akan mampu merancang sesuatu pun dalam hidupmu'. 


    'Wahai anakku, jadilah insan yang berjaya, kerana kejayaan itu membebaskan kamu dari kejahilan, membebaskan kamu dari kemiskinan, membebaskan kamu dari kelalaian. Kejayaan itu bertitik tolak dari kemahuan untuk berjaya. Maka didiklah hati kamu agar sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kejayaan'. 


    'Wahai anakku, ikutlah pesanan ayahmu ini'.

    Sebelum bertolak ke KL | Ayah Posting KL